PORTAL SPA8,PANDUAN ISI BORANG,WAKTU TEMUDUGA DAN MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN SPA8 PANDUAN KERJAYA SPA8 DAN JAWATAN KOSONG: PANDUAN MENGISI BORANG SPA8

PANDUAN MENGISI BORANG SPA8

BELI BORANG SPA 8 Borang SPA 8 Pin 1/2005 dan buku panduan ada dijual di tempat-tempat berikut dengan menggunakan wang pos RM5.00 atas nama SETIAUSAHA, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA dan hantar kepada:- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pengurusan, Aras 9, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urus Setia Cawangan Sabah, Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan UMS/Sulaman, Likas, 88450 KOTA KINABALU SABAH. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urus Setia Cawangan Sarawak, Tingkat 10 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93520 KUCHING SARAWAK. Semua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Semenanjung, Semua Jabatan Tenaga Rakyat Negeri/Daerah. Pemohon-pemohon juga boleh memperolehi Borang SPA 8 Pin 1/2005 berserta buku panduan untuk mengisinya dan maklumat jawatan atau latihan dalam satu pakej melalui pos dengan cara menulis berserta wang POS RM5.00 atas nama Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 inci x 16 inci atau (28cm x 40cm) berstem RM3.50 dari tempat-tempat yang tersebut di atas. ATAU Borang SPA 8 Pindaan 1/2005 juga boleh didapati secara terus yang berharga RM5.00 tunai di : Pusat Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Tel: 03-26933884 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Parcel C, Blok C7, Lobi Aras 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA Tel: 03-88856000 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urus Setia Cawangan Sabah Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan UMS/Sulaman, Likas, 88450 Kota Kinabalu, SABAH Tel: 088 488922 Fax: 088 488920 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urus Setia Cawangan Sarawak Tingkat 10 Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93520 Kuching SARAWAK Tel: 082-240011 Tempoh sah laku permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Setelah tamat tempoh sah laku, sekiranya masih berminat berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon (bukan Kakitangan Kerajaan) hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 Pindaan 1/2005. Bagi kakitangan Kerajaan yang memohon melalui Jabatan (MJ), tidak perlu mengisi borang SPA 8 setelah tamat tempoh satu (1) tahun, tetapi hanya perlu menulis surat (untuk dikemaskini permohonan) dengan menyatakan nama, no kad pengenalan dan nyatakan bahawa calon/pemohon masih berminat berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila hantarkan surat kepada:- Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pengambilan Khas, Aras 7, Blok C7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA. PINDAAN BORANG Calon-calon yang ingin meminda (alamat surat-menyurat dan/atau pusat temu duga/pusat ujian Khas/No Kad Pengenalan/Kelayakan Pusat Pengajian Tinggi) dengan mengemukakan permohonan melalui email kecuali pindaan untuk Kelayakan Pusat Pengajian Tinggi hendaklan menghantar salinan dengan menulis surat kepada:- Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pengambilan Khas, Aras 7, Blok C7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA. Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, no kad pengenalan dan tujuannya. Walau bagaimana pun calon-calon yang ingin meminda maklumat lain hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 Pin. 1/2005

No comments: