PORTAL SPA8,PANDUAN ISI BORANG,WAKTU TEMUDUGA DAN MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN SPA8 PANDUAN KERJAYA SPA8 DAN JAWATAN KOSONG: Permohonan Kerja Melalui Borang SPA 8

Permohonan Kerja Melalui Borang SPA 8

Pengenalan - Borang SPA 8 Untuk Pemohon Jawatan Kosong Kerajaan Borang SPA 8 adalah borang yang perlu diisi oleh pemohon yang ingin memohon jawatan dan kerja kosong dalam kerajaan. Borang SPA boleh didapati secara hardcopy dan boleh dibeli di Pejabat Pos utama. Selain itu permohonan juga boleh dibuat secara online di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Setiap permohonan yang diisi hendaklah dihantar kepada: Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA. Calon yang telah mendaftar dengan SPA menerusi borang SPA 8 akan dipanggil sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam bidang yang telah dipohon. Setiap pemohon akan didaftar dan akan menerima surat akuan pendaftaran dan permohonan daripada SPA. Keputusan temu duga juga akan diterima melalui pos. Anda akan dimaklumkan sama ada permohonan anda berjaya, gagal atau menjadi simpanan. Calon yang tidak hadir setelah dipanggil untuk temuduga tidak akan dipanggil lagi selama 3 tahun dan tambahan 1 tahun bagi jawatan yang lain. Jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Farmasi dikecualikan daripada syarat ini. Bila Iklan Jawatan Kosong akan Disiarkan? Setiap tahun SPA akan mengeluarkan iklan sebanyak dua kali untuk makluman pendaftar dan calon yang berminat. Walaubagaimanapun, calon boleh membuat mengisi borang dan menghantar permohonan pada bila bila masa sepanjang tahun. Pemohon juga boleh menyemak maklumat serta permohonan jawatan dari semasa ke semasa. Tempoh pendaftaran maklumat pemohon akan sah lakunya dalam masa setahun. Jika jangkamasa setahun telah luput, calon boleh membuat permohonan semula. Permohonan baru juga diperlukan jika sekiranya calon berhasrat untuk menukar bidang jawatan dan kerja yang dipohon. Sayugia diingatkan bahawa permohonan akan sah sekiranya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anda disahkan oleh JPA. Ini kerana tidak semua institusi disahkan oleh JPA. Untuk menyemak status pengesahan IPT anda, lawati laman pengesahan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Permohonan melalui borang SPA 8 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) akan dianggap sama rata dan tidak akan mendapat sebarang keistimewaan serta tidak tertakluk kepada lantikan terus dalam jawatan yang dipohon

No comments: